si nuFF

Tuesday, July 22, 2014

Ramadhan 2014

Lagi beberapa hari jer lagi kan kita dalam bulan ramadhan.. Lama tinggal tak berhapdet blog. Lepas nih yey sronok rasanye dah tak menanggung kerja.. Klo x rasa kelam kabut jer kroje kat opis.. huhuhu

Macam mana persiapan semua kawan2? Sha simple2 jer.. Kuih raya pun semua kuih tunjuk jer..
Rasa mcm sedih pulak tahun nih.. dengan tragedi MH17, Gaza, semua tu buat rasa sebak..

Ramadhan tahun nih alhamdulillah dapat berbuka puasa dengan anak2 yatim.. Rasa bersyukur bila rezeki yang Allah beri dapat dikongsi dengan mereka yang memerlukan.. 



Dikesempatan ini sha ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin pada semua rakan2 di alam maya nih.. Sha raya Perak tahun nih.. Sapa sampai Ipoh tu maila singgah umah yer hehhee..!!


ps/: tu gambo raya tahun lepas taw.. kitorg nih takder gambo pre raya hehehe 
Sume snap fresh2 pepagi raya ekekeke 
( Gambo iA muka tak pueh hati la teww.. anti camera tol budak nih!! )

Thursday, June 19, 2014

Yuran Genius Aulad Putrajaya + Intake 2015

Hari nih nak citer pasal GA Putrajaya lagik hehehe.. ( Dah anak skolah ctu, mmg skolah tu jerla pun yang daku taw hehehe)

Semalam as usual check buku iA.. Kat message book dia dpn skali cikgu dia da letak form.


Borang intake 2015.. ( Rasa macam baru jer semalam anto iA g skolah )

Patotla semalam masa nak amik iA ada akak tu ( ceh akak konon-ko dah kenape?ingat ko muda lagi ke maisare oiii) stop aku tanya mcm mana skolah ctu? Yuran mcm mn? Apa progress anak lepas anto skolah tu? huish mcm polisla akak tu tanya hehehhe Padahal dia da nak naik office skolah tu register anak dia hehehe.. Tp yerla semua mak nak yang terbaik utk anak dia. tu yang dia tanya tu kot.. 

Ok nak citer pasal yuran dulu

Kerebek punya kerebek beg duit nih jumpala resit masa 1st register iA


Tu total masa 1st time register.. tp dia leh bayar ansur2 tak silap sha.. yg uniform tu sha amik 2 helai.. Asalnya satu jer.. 


ok nih resit monthly dia.. yang lunch tu option jer taw.. GA nih kalau amik morning session jer dia abih kul 11.30 tp sbb sha nih kan keje jadi sha amik iA lambat. slalu 12.30 baru datang amik.. takpun kat kul 1.00. cian dia sementara nak tggu sha tu takot dia lapo, so sha amik jerla pakej makan tu..

Skolah nih ada 2 sesi.. satu pagi satu petang.. ada yang anta sampai petang.. Tp kat cni bukan daycare taw.. dia konsep skolah so kene pakai uniform smp petang. takde mandi.. tdo ngan makan semua adala provide.. Tp,brp banyak tp maisare nih  nih utk GA kat Putrajaya taw.. Yang GA lain tak tawla yer..

nih lagi satu info yang ada kat message book iA.. Leh la tgk


Sila abaikan jari si iA yang tetiba nak inter-frame kat ctu!!


Nih utk yang tahun 2014 taw tahun 2015 sha tak taw.. Bolehla utk kira roughly kan??

Pada yang tak pernah tgk GA Putrajaya tu leh tgk entry 1st pasal Genius Aulad Putrajaya nih dulu..

Kalau nak contact GA nih leh la call no: 012-2496080 


Sekian la sahaja info saya utk entry kali ini. Terima kasih.

p/s : Suka baca yang hadith by At-Tirmizhi
'"The Best Gift From a Father to his Child is education and upbringing" 

Friday, June 13, 2014

Jadual FIFA 2014 + T-Shirt FIFA

Pejam celik pejam celik cuti skolah dah nk habih da kan??

G Jenjalan mana jer kengkawan cuti nih?? 
Jauh ke dekat berjalan tak penting janji kita enjoy n have fun ngan family kan??

Ok t kte update pasal cuti yer.. Ari tu punya entry ganu tak sempat nak update lagi.. 
sbb baru balik cuti gak nih.. ( Sakan berjalan, sabor jerla)

Semalam bola da start da kan??

Nih sesaje la tepek jadual world cup hehehee


yang nih masa google tadi jumpa waktu Malaysia punya


Cantik kan?? Design by fitrihadi.com sgt kreatif..!! Sape nak yg lebih besor utk screen ke leh la g blog tu.. Terima kasih tuan punya blog!!

Eh cantek kan T-shirt world cup!! 


nih yang adidas punye!!

Sebenornya nak tunjuk gak, kite ada T-shirt world cup hahahha... 
Sepasang ngan Mr. Redz.. ( jorengg kata orang Perak!! agagaga)


Sayang iA punya takdo!!


Hehehe bukan minat sangat bola tp nak gakla rasa bersamba bola walaupun tak g Brazil hik3

Ramaila nampak gayanyer mata panda g opis hehehhee!!

Bola, bola jugak tp jangan lupa nak dekat bulan puasa da kita...!!
Lebih kurang 15 hari jer lagi kan!!


Tuesday, June 3, 2014

Megi Ketam Dungun

Sronok bebudak skolah kan cuti skolah bukan men lama lagik.. Cer kita yang keje nih pun ada cuti sem kan best!!

Weekend baru nih sha ngan family balik kg Dungun T'ganu.. Best sgt!! Disebabkan ada kenduri umah kat kg makanya umah penuh ngan sanak saudara terpaksala kitorg dok homestay.. Tp takpe citer homestay tu nanti kita citer ek.. Nih nak citer pasal megi ketam kat dungun nih..!!

Dalam bebanyak makanan megi jugak la yang aku cari sabor jerla..


nih la signboard kedai dia!! Nampak tak gambo tu siap ada daun pokok lagi kat signboard dia.. hahahha dah snap malam2 gitula jadi nyer... dah mcm sign board buloh inn dalam citer p.ramlee pun ada hik3


Hah tu buku menu dia.. siap ada kat fb lagik.. Kasik like sket hehehhee 
No. fon pun ada takot kalau2 nak booking ke apa ke leh la call dulu.. Kitorg men terjah jer.. nasib bek masa tu hujan so ada la tempat jugak utk kitorg.. tu pun luck jer tu.. 


 Price kat sana pun ok la jugak.. Bukan takat ada megi jer taw.. segala mak nenek ada!! Steambot ngan grill pun ada..


 Sebenornya nak snap gambo kat screen tu tp takleh sbb flash kot hehehe.. kat ctu ada la tulis steamboat ngan grill.. yang peti ais sepanjang2 tu utk steamboat ngan grill.. banyak pilihan... sbbkan kitorang nih da kennyang saja je gatal nak merasa megi ketam so kitorg just order yg simple2 jerla...


 Nasi goreng ketam!! Tgk dia siap letak playar kat ctu senang nak makan ketam kui3( tp bagus gak la kan sbb dia letak ketam tu seekor bulat2 kat ctu..Kalau takde playar tu hazabbb jugakla nak makan..



Tengok meliuk lentok ketam tu hehehehe

Tp yang paling besh megi ketam dia ar!!!


Bukan ketam jer dalam tu, segala spesis sea food ada dalam megi tu.. ada lala ada udang ada sotong .. pendek kata berbaloi la nak makan!!!


 Megi kari ngan ketam.. Mmg daebak!!! Hehehehe lenkali bila balik dungun leh la repeat lagi.. Ari tu mcm tak cukup sbb iA sebat banyak megi sha hu3!!! Tensen aiii!!!

Ok nih direction nak g megi ketam tu...

Kalau dari jalan besar, cuba cari 7 eleven, lalu je lorong belakang 7E tu nanti akan nampak kedai tu...

Kalau dari pantai akan lalu rumah daerah dungun, rumah daerah tu on your left side.. lepas tu ada lorong sebelah kiri terus jer slide left, jalan straight akan jpe kedai tu...

Kitorg memula meraban gak cari tp last call cousin mR. Redz yang dok ctu.. baru jumpa hahaha!! Tu la orang kata malu bertanya sesat jalan!!

Ok sekian entry megi ketam ekekeke!! Kalau datang dungun tryla yer!!



Wednesday, May 28, 2014

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah Mangkat

Sedih bila baca berita yang DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah telah mangkat pada  jam 1.30 t.hari tadi.. Mula2 macam tak percaya sbb day before tu dapat gak berita tu tp rumors... Tapi kali nih betul2.. Sbb bila buka tv kat office nih ada bacaan yassin.. huhuhuhu


Sultan Perak yang ke-34 ( Naik takhta pada 3 Februari 1984 )

Sepanjang jadi rakyat negeri Perak nih mmg sha rasa bangga dengan Al-Marhum.. 
Semua rakyat sayang.. Berita nih mmg sedih sangat2.. Hilang mood buat kerja..

Al-fatihah untuk Al-Marhum..
Semoga roh Baginda dirahmati Allah.

*****Nih berita ikhsan dari berita harian

IPOH: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, tengah hari tadi. 

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi. 

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda.  

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir. 

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung manakala bendera Negeri Perak selama tempoh perkabungan selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tempoh perkabungan tujuh hari. 

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok. 


Belangsungkawa 

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah 

- Almarhum baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak 
- Anak kepada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah 
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan 
- 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan Almarhum baginda sebagai Raja Muda Perak 
- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 
- 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi 


Pendidikan 
---------- 

- Government English School, Batu Gajah (kini SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah) 
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom pada tahun 1953 
- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn 

Kerjaya 
-------- 

- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak 
- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen 
- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang 
- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor 
- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu 
- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia 
- 1965 Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sekali gus menjadi hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel pada usia 37 tahun. 
- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan 
- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya 
- 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara kelima menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara 

Sumbangan 
--------- 

- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984). 
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976) 
- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986 hingga Mei 2014 
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979 
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980 
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986 
- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988 
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990 
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990 
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990 
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991 
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999 

Sukan 
----- 
- Almarhun baginda Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar. 
- Presiden Persekutuan Hoki Malaysia 
- Presiden Hoki Asia 
- Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa. 
- Membina Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983. 
- Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.  
 

 

Thursday, May 22, 2014

Telur goyang express!!

Petang2 nih saja jer nak post gambo makanan.. ( tawle lapo hehehe )


Senang jer kan cara nak buat dier... Terjumpa kat dalam fb..

Pastu pepagi tadi kengkonon rajin terusla g buat hehehe

Tada!!!

*
*
*
*



Hurm kicap tak tinggal hehehe!!! Tapi idakla lawa mcm kat atas tu siap ada cheese bagai!! 
Maisare klo cheese2 tu mmg takde stok kat umah hik3!! Umah orang kampong mn ada simpan cheese!! Tempoyak ngan budu ada la...weee!!

Sekian entry saya hari nih!!

Thursday, May 15, 2014

Kapitiam Coklat + Award!!


Tada!!! Kte dapat tag dari blogger wafee ...

Bila da baca2 mcm best game nih.. hehehe tQ wafee tag sha!!

Apa tu liebster???

Liebster merupakan perkataan dari Jerman yang membawa banyak maksud; antaranya dearest, sweetest, kindest, nicest, beloved, lovely, kind, pleasant, valued, cute, endearing, welcome, sweetheart dan lain-lain... 

Hah nampak tak copy paste berlaku tu??? Tu copy paste dari tuan yang 'mengeTag' sha la tu!! 

Apa rules dia??

Rules dia simple:
1. Tag balik orang yang beri award ni pada anda.
2. Jawab 11 soalan yang diberikan kepada anda.
3. Tag 11 rakan-rakan blogger anda.
4. Sediakan 11 soalan pulak untuk mereka.
5. Maklumkan pemberi award anda dan juga penerima award anda.

Hampun mak incik waFee!!! ARi nih ari malas kite!! 
Kita men cedok jer dari blog awak!! Jgn marah yer!!

Ok skrg nak jawab soalan cepu emas dari mak hincik waFee..!!

1. Nama panggilan yang anda suka? TAK semestinya yang orang selalu panggil.
*** Dulu malu tp rasanya sweet bila org panggil sarah.. Ngeee!!!!

2. Favourite colour?
***Rainbow colour!!
3. Makanan kegemaran?
***Durian!! - Kelasss tak ??? ekekeke

4. Plan nak anak berapa orang?
*** 2 orang.. 
( Erk sikit bebeno bunyinye tp mmg tula planningnyer!! 
Tp kalau dapat banyak kira rezekila tu!!)

5. Hadiah paling mahal yang pernah bagi kat mak?
***Hurm ciuman penuh kasih sayang ekekeke ( Suci tak jawapan tu??)

6. Hadiah yang teringin sangat nk bg kat mak?
***Menjejakan kaki ke tanah suci satu family!!

7. Kereta idaman anda?
***Mini Cooper S - Feeling banyak beno duit wink wink wink!!

8. Dah berapa lama blogging?
***Tahun 2008 - tp celum celam.. 

9. Do you like your job/study? Hehe... Soalan kontroversi skett...
***Nope... x suka!! - Jujur tak jawapan tu???hahahha

10. Tempat hangout/lepak favourite?
***Depan tv layan runningman!!

11. Describe ME in 3 words... 
***Aweks Shakleee!!!!

Okey tak jawapan tu mak incik waFee???

La nih nak tag orang lain lak... 

Meh baca dulu soalan

1. Apa kaler tema baju raya tahun nih??
2. Suka tengok runningman ke x???Kalau suka sape yang anda suka tgk???
3. Tempat yang terbest pernah g setakat nih??
4. Suka dengar loghat negeri mana??
5. Binatang paling manja di mata anda ??
6. Date besday anda??
7. Nape suka berblog??

DAh cukup da soalan hehehe kalau tak t pening nak jawab 
( alasan jer tu padahal tuan punya blog x tahu nak tanya apa hehehehe)

RAjin2kanla jawab yer.. !!

1.http://zakiepurvit.blogspot.com/
2.http://anumzakie.blogspot.com/
3.http://jarimanistravel.blogspot.com/
4.http://ikiqzalia.blogspot.com/
5.http://www.juliajohari.com/   ( Tgh bercuti pun jawab gak hahaha)
6.http://uminaemah.blogspot.com/ 


kalau rajin lehla buat.. kalau x buat pun takpe.. 
takde sistem rejim ala2 hitler nak soh buat hehehee

Aci tak nak tepek gambo kapit tiam nih???


Dok melayan benda nih kat opis!!! SAbor jerla.. Mcm mn tak domok!!!

Tp mmg sedap la... Alangkan kuih kapit yg kosong tu pn leh sha balun sampai sebalang, nih kan ada cekelat lak dalam dier.. Mmg laju jerla tangan ngan mulut nih berkerjasama hahahaha!!!



Tu dia flavour strawberi lak!! ADa  gak flavour peanut.. 
Tp sha tak berapa suka sgt  ngan peanut so tak order la hehehee

Saper nak leh bgtaw.. email jer kat sha t sha kasik no fon akak nih...